di suatu pagi,
aku menarik bidai jendela,
aku melihat luaran,
kemudian aku terlihat satu untaian,
untaian tali bidai aku.
mulanya ku fikir susah untuk dirungkai,
ku tanamkan hasrat,
untuk rungkaikannya,
aku mengambil untaian itu lalu bermula,
kisah untaian hati.
aku cuba merungkai simpulan itu,
tidaklah sesukar yang ku sangkakan,
sekiranya aku tidak mencuba,
sekiranya aku kata susah,
sudah tentu semua tidak akan mengalir seperti air.
sambil merungkai,
aku mengingat tentang dia,
kisah aku bagaikan tali ini,
bersimpul-simpul erat,
tidak dirungkai, sampai itulah ia akan bersimpul.
aku mendapat pelajaran daripada kerjaku ini,
sesimpul mana sekali pun masalah aku,
jika aku tidak bertindak,
asyik menjadikan kawan sebagai orang tengah,
selagi itulah ia akan begitu.
DEWATA RAYA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan