Rabu, Februari 11, 2009

PANGAKO SAYO~

haha. siapa tau pangako sayo tu apa? pangako sayo tu ialah perkataan dalam bahasa Tagalong, Filipina bermaksud The Long Wait atau dalam bahasa Melayunya, Penantian yang Panjang/Lama. Apa kisahnya dengan tajuk tu? OK, hari ini, saya pergi ke MySPEED untuk mengambil ujian teori undang-undang bahagian I. kepada Chocoholics, sebenarnya saya dah lama daftar ntuk ambil lesen kereta ni, cuma saya masa saya agak ketinggalan sebab saya banyak aktiviti kemasyarakatan di luar. Jadi, hari ni, saya dengan penuh bersemangat, datang ke MySPEED BTHO pada jam 9.00 pagi. Datang je saya kat situ, fulamak....ramainyeee orang nak tunggu ambik ujian. saya, apa lagi, serahkan kad pengenalan sebagai nombor giliran dan tunggu la kat sana...tunggu dan tunggu dan tunggu,nak tau saya dapat ambik pada pukul berapa? pukul 3.30 petang beb...memang gila-la tempat ni, hasilnya menunggu tu jugak menyebabkan jerawat saya tumbuh balik. heee....sebab stress menunggu, dah la menahan lapar, takut nama kena panggil, kita takde, karang susah la pulak...Jadi, saya masuklah dengan debaran yang agak memuncak, ditambah lagi dengan kesejukan penghawa dingin menghembus ke muka saya. saya nak menjawab soalan pun terketar-ketar. Saya memperuntukkan masa menjawab selama 18 minit lebih dan hasilnya, skrol kan post ni ke bawah>>>>
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

1 ulasan:

さきょう berkata...

Woh!!!
Congratulations!!! =))