Isnin, Mac 02, 2009
HARI KEDUA BERSAMA ACER LAGI!!
ok, sekarang aku nak sambung balik kisah aku yang bekerja siang malam semata-mata untuk mencari rezeki untuk "anak dan bini" kat rumah...haha, hari kedua, tak de la beza sgt macam hari pertama. apa yang ketara, penat berdiri je. tambahan lagi, kena bagi risalah kat orang, menebalkan muka untuk elakkan "kemaluan". xD. jadi, bila masa rehat, bersyukur sangat-sangat, dapatlah cas kejap kaki aku ni, sambil pergi pekena mee pataya tak silap aku la...selalu aku dgr dan makan nasi pataya, ni mi pataya, ah, hentam saja la...dah habis rehat tu, sambung la kerja balik. Ni aku nak cerita sket, aku ada satu firasat yang Evonne, kawan Sinyi tu, ada berlegar-legar dalam Midvalley, adalah jam kemudian, dia betul-betul ada, lalu depan booth kitaorang kat sini. dia dengan Sheena Liam, berjalan dengan bergayanya, masuk ke kedai buku MPH. haha, Sheena tu, sejujurnya la aku nak cakap yang dia tu kurus la....haha, ala, takpe, masih remaja. Evonne pun lebih kurang je aku tengok. xD. beberapa jam kemudian lagi, aku ternampak seorang mamat, mula2 aku tengok dia aku kata "macam pernah tengok je", bila fikir2 balik, oh, Faiz Khaled la, bakal angkasawan negara kedua tu. aku tengok dia masuk Secert Recipe dan kat dalam tu, aku ternampak la jugak Wan Nurul Syuhada, pengacara Majalah 3 kat TV3. dan , yang paling sensasi, aku jumpa Samyvellu, kat Machines. aku masa tu tengah nak cuba Guitar Hero punya gitar, susah gak nak main. tapi, jangan tak cuba la. aku tengok beliau, rasanya la kan, beli Ipod kot, takpun aksesori la...perghh, syok betul la ari ni, jumpa macam2 orang, tak sangka je. bila malam menjelma, semua berjalan macam biasa je la. dah dekat pukul 10, kitaorang tutup kedai, kemas semua komputer, pastu bawak kat atas kedai balik..haih, penat2. ok, setakat ni je suapan saya, tunggu cerita yang lain pula k? ok, salam sayang kepada semua....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan