Isnin, Mac 09, 2009

MUSIM AMBIK LESEN

haha. yayy, akhirnya belajar jugak la aku kereta dan motor. selama ni, aku bawak motor secara haram, dan hasilnya, aku kenalah tahan polis pada satu hari tu. dah ada rekod polis aku ni. patutnya, siapa ada rekod polis, takleh ambik lesen dulu, pasal itu dah kira blacklist. tapi, masa daftar, takde apa2, jadi aku rasa tak kena blacklist la. terima ye, bapak polisi...haha. motor aku takde benda sangat la nak citer, pasal motor ni sama je macam basikal. benda yang korang kena tau, pasal IMBANGAN. kalau tak pandai hal tu, baik naik basikal la. beza MOTOR dengan BASIKAL, cuma ENJIN je. Sekarang, aku dah ada lesen "L" untuk motor dan kereta. Maksudnya, lesen L aku membolehkan aku bawak motor secara sah di jalan raya selama dua tahun je. aku nak bawak motor gi Thailand pun takpe. tapi, kereta, haiyo, kena tunggu P pulak. lama la tu. IM saya ckp, keberangkalian, saya mungkin boleh ambik ujian dlm bulan April. tak kisah la. test tu sekali je, kalau gagal, dah la kena bayar, pastu, kena tunggu lagi. Belajar sungguh2 dulu.haha. apa yang saya suka bila bawak kereta? KELAJUAN. ya, memang saya suka laju. bila laju, saya cakap, "Macam kelajuan cahaya".XD. KESENANGAN. maksudnya, saya nak ke mana2 pun senang la, takyah bergantung dengan KTM dan bas yang SAAAAAAAAAAAAA-AKS. haha, kopikat KX punya tagline. dalam proses saya bawak kereta, saya takde masalah dalam steering, pasal, dah boleh bajet jalan. cuma KLAC je la, kadang2 saya terlepas pedal KLAC tu, dah terlepas, matila kereta tu. tapi, bila masa kereta dah bergerak laju, nak tukar2 gear, takde masalah. masalah timbul, bila nak dekat simpang, pasal, masa tu nak tekan KLAC dan brek jugak. saya suka mengekori org jugak (TAILGATING) a.k.a cucuk angin. haha, tapi, saya lupa, patutnya, tak boleh dekat sgt bila tailgating. kalau tailgating, mesti nampak kedua2 tayar kereta depan kita. ok, lepas ni, mesti boleh buat. baikla, takat ni je saya cerita dulu. ada cerita baru, aku kongsi dengan korang semua la..ok, SALAM

Tiada ulasan: