Selasa, April 14, 2009

BAKAL PE-REMPIT TERKENAL DI MALAYSIA

*nada pondan* OK, kawan2~, u all nak tau tak, hari Jumaat ni, saya nak ambik lesen tau, kali ni, nak bagitau la, pasal nanti, menjadi buah "strawberi" mulut orang. Jadi, saya dah siap siaga, dan akan buat yang terbaik la. Ok, saya nak cerita sikit macam mana nak buat ujian motor ni. OK, motor ni ada dua kelas, satu B penuh dan lagi satu B2. bagi saya, B2, maksudnya motosikal tak lebih 500cc. CC tu macam horse power utk motor la. OK, saya akan mulakan ujian dengan buat pusingan angka lapan 2 1/2 pusingan je. kamu tengok nombor "8" tu, ha, macam tu la saya kena pusing nanti. lepas tu, saya akan ke titi "maut".haha, saya blh kata mcm tu la, pasal kita kena tunggang motor atas titi ni. tak silap la kan, lebarnya cuma 15 sentimeter je, dan yang paling susah, kena ada kat atas titi tu tak kurang daripada 7 SAAT. kurang daripada tu, GAGAL. OK, dah jaya yg tu, beransur ke SLALOM. yang ni, kena bawak motor secara zigzag la. kacang je ni, cuma jangan langgar kon la. dah lepas tiga2 ni, kita akan buat brek kecemasan atau E-Brake (emergency Brake). mula2, kita kena stop kat satu line, bila dah ready, pecut la motor tu, dan tarik serta pijak brek kaki dan tangan secara serentak. buat E-Brake ni, mesti kena dalam kotak khas,kalau la terbrek lebih daripada garisan, GAGAL. ok,sekarang dah masuk bahagian 3, iaitu jalan raya. Maksudnya, bukan bawak motor kat jalan raya mcm gi Jalan Dua ke apa, masih dalam litar, tapi dikira macam kat jalan raya la. dah masuk bahagian ni, karang kena buat selekoh tajam, pastu stop kat tempat berhenti. kat spot ni, kita kena buat checkup.orang JPJ akan tengok. Mula2, kena chek helmet, pastu, cermin sisi, lampu depan, lampu belakang, toleh kanan, toleh kiri, toleh kanan+agkt tangan kanan dan toleh kiri+agkt tangan kiri. pastu masuk gear satu, dan cabut. OK, bila time nak cabut ni, ada dua cabang jalan, satu jalan tu khas untuk calon B penuh, lagi satu untuk calon B2. jadi, bagi saya, saya akan ke jalan B2. bawakla motor, pastu, kena hayunkan tangan untuk perlahankan motor pastu STOP kat satu simpang. tengok sebelah kanan, dan agkt tangan untuk meminta laluan. Bawak la motor tu smpi jalan tamat. Ha, senang je bawak motor ni.PALING PENTING,kaki TAK BOLEH sentuh jalan walau sekejap pun. selalu, time2 yang boleh jatuh kaki ni, masa kat titi, pasal kita kena imbang diri masa lalu kat titi. tapi risiko besar. dan seperti yang di katakan la,kalau berhati-hati, semua OK la. lagipun, semua musibah Tuhan yang bagi. jadi, faham2 la. tak boleh salahkan diri 100 percent jugak. So, kalau dah lulus karang, boleh la merempit. HAHA. pastu, tengok la muka saya dalam newspaper kena masuk "hotel besi" yang terkenal di Malaysia iaitu balai polis. Ok, salam

1 ulasan:

さきょう berkata...

LOL.
Hotel Besi.

Anyways, all the best woh!
You sure can la, dah ade manyak experience woh. Haha.

Good Luck!