Rabu, Februari 17, 2010

BELASUNGKAWA

Seorang senpai Malaysia Japan Industrial Institute telah meninggal dunia pada 13 Februari 2010 kerana penyakit Leukemia yang dihidapinya. Saya ingin berkongsi cerita sedikit berkenaan Allahyarham. Pada pandangan saya, Allahyarham tidak banyak cakap tapi beliau rajin, dan ramai kawan. Suka share pendapat dan pengetahuan dia dengan orang lain.Semester lalu, saya berkesempatan, buat satu projek dengan dia, Jaaris sensei dan Zulhilmi, buat satu arca untuk Hari Quality. Masa tu dia bukak semua LED dalam hobby kit Fizik budak junior, dan, solder semua balik untuk letak kat arca tu. banyak LED dia kena solder, tapi nyala semua. tulah kenangan saya dengan dia untuk kali terakhir. dia seorang yang cermat dan hati2 buat kerja.

Oleh itu, kepada semua Muslimin dan Muslimat yang baca post saya ni, marilah sama2 sedekah Al-Fatihah kepada beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi Allah redhai. Amin

Ali Khalid bin Kamarudin 1988~2010

Tiada ulasan: